Posts

Kebun Homestay Lonek

Image
Homestay Lonek telah menambah satu lagi cabang perniagaan dan tarikan baru. Berikutan situasi semasa COVID-19 di Malaysia yang masih membimbangkan, Homestay Lonek telah mengambil inisiatif untuk membuat kebun tanaman khususnya bagi herba dan sayuran sebagai salah satu kelangsungan perniagaan dan juga sebagai salah satu tarikan baru pada masa akan datang untuk pelancong.  Semoga wabak COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia segera berakhir. Jaga diri semua! Jangan lupa untuk like Fb Page baru Kebun Homestay Lonek. Facebook Page: Kebun Homestay Lonek - Tanaman sayur & herba Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.homestaylonek.com , atau ikuti facebook kami:  Homestay Kg Lonek  untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Lonek.  Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian  011-23407882 . Ikuti kami di: Facebook:  Homestay Kg Lonek  Instagram:  Homestaylonek Youtube:  Koperasi Homesta

Konsep sebenar Homestay

Image
Homestay acap kali di anggap sebagai tempat penginapan yang lebih murah berbanding hotel di mana pemahaman mengenai konsep homestay ini adalah salah.  Konsep homestay yang sebenar adalah pelancong akan tinggal bersama keluarga tuan rumah yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan berpeluang merasai gaya hidup seharian dan budaya masyarakat setempat. Kebanyakan homestay tertumpu di kawasan luar bandar dan kampung kerana masyarakat masih mengekalkan gaya hidup bermasyarakat yang tradisional.  Istilah homestay yang sering digunapakai yang menyediakan kemudahan penginapan sahaja adalah salah dan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat hari ini. Jika terdapat kemudahan penginapan sahaja tanpa ada keluarga tuan rumah yang tinggal bersama dan aktiviti yang disediakan, perkara itu lebih kepada konsep kemudahan penginapan "bed and breakfast" .  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.home

Tarikan terbaru di Homestay Lonek

Image
Alhamdulillah, ada tarikan baru di Homestay Lonek iaitu signage "I love Lonek". Kawasan yang cantik di hadapan sawah padi yang menghijau, semestinya tempat yang cantik untuk bergambar.  Jom kita tengok gambar-gambar yang dah dikongsikan mereka yang dah bergambar di sini. Terima kasih kerana sentiasa menyokong Homestay Lonek.  Jangan lupa follow kami di:  Facebook:  Homestay Kg Lonek  Instagram:  Homestaylonek Youtube:  Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti yang terdapat di Homestay Lonek, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.homestaylonek.com . Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian  011-23407882 .

Penilaian Asean Homestay Standard

Image
Homestay Lonek telah menerima kunjungan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 23 hingga 25 Oktober 2020  sempena penilaian Asean Homestay Standard. Homestay Lonek pernah menerima anugerah ini pada tahun 2016 dan Alhamdulillah tercalon lagi sekali  untuk tahun ini.  Sekitar perjalanan program yang sempat dirakamkan: Semoga  ada rezeki untuk Homestay Lonek sekali lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, atau sebarang sewaan kenderaan, chalet dan dewan untuk tujuan mesyuarat, kursus, latihan atau lain-lain yang berkaitan, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.homestaylonek.com , atau ikuti facebook kami:  Homestay Kg Lonek  untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Lonek.  Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian  011-23407882 . Ikuti kami di: Facebook:  Homestay Kg Lonek  Instagram:  Homestaylonek Youtube:  Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad  

Rombongan Cikgu Esah datang ke Homestay Lonek

Image
Alhamdulillah, setelah sekian lama, pada 19-20 September 2020, Homestay Kampung Lonek telah menerima tetamu dari KRT Bandar Baru Uda, Johor. Ini merupakan kunjungan kedua daripada kumpulan ini. Homestay Kampung Lonek sangat gembira dan teruja dapat bertemu kembali rombongan Cikgu Esah yang datang nun jauh dari Johor.  Sedikit gambar semasa program yang sempat dirakamkan:  Aktiviti pertama dimulakan dengan aktiviti mengacau dodol. Bukan dodol yang keras dan likat, tetapi dodol cair atau lebih dikenali sebagai "penganan" oleh masyarakat Negeri Sembilan, yang hanya mengambil masa kurang daripada satu jam untuk masak.  Aktiviti kedua adalah mengemping padi. Padi yang tiga suku masak akan direndam semalaman dan digoreng tanpa minyak sebelum ditumbuk untuk dijadikan emping. Sedap kalau dimakan bersama penganan.  Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan sukan rakyat seperti tarik upih, boling kelapa, kelereng dan semakin jauh semakin sayang. Aktiviti sukan ini pasti akan menggamit mem

Program Taklimat BA100 ANGKASA di Kampung Lonek

Image
Telah berlangsung program taklimat BA100 anjuran ANGKASA di Kampung Lonek pada 9 September 2020. Beberapa wakil daripada koperasi yang terlibat dalam sektor peruncitan telah hadir pada program kali ini.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, atau sebarang sewaan kenderaan, chalet dan dewan untuk tujuan mesyuarat, kursus, latihan atau lain-lain yang berkaitan, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.homestaylonek.com , atau ikuti facebook kami:  Homestay Kg Lonek  untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Kampung Lonek.  Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian 011-23407882 . Ikuti kami di: Facebook:  Homestay Kg Lonek  Instagram:  Homestaylonek Youtube:  Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad  

Penggambaran Rancangan Ratu Hijabista di Kampung Lonek

Image
Telah berlangsung penggambaran bagi program Ratu Hijabista untuk episod 4 terbitan Astro di Kampung Lonek. Tugasan bagi peserta untuk episod kali ini adalah untuk menangkap ikan keli di tali air sawah dan masak gulai lemak cili api, iaitu makanan signature Negeri Sembilan.  Aktiviti menangkap ikan sembilang di tali air sawah atau lebih dikenali sebagai "mengoca ikan" merupakan salah satu aktiviti program homestay yang terdapat di Kampung Lonek.  Tradisi mengoca ikan tidak asing bagi masyarakat Negeri Sembilan. Aktiviti ini sangat digemari dan dinanti golongan muda dan kanak-kanak kerana keseronokan mencari ikan dan bermain air beramai-ramai.  Jom kita lihat sedikit proses rakaman di sebalik tabir.  Penduduk Kampung Lonek sebagai juri jemputan.  Sedikit sedutan episod 4: Di sebalik tabir rakaman episod 4:  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, atau sebarang sewaan kenderaan, chalet dan dewan untuk tujuan mesyuarat, kursus, latihan atau lain-lain yang berkaita