Keunikan Makanan di Negeri Sembilan
Setiap negeri mempunyai keunikan masakan yang tersendiri. Tidak terkecuali Negeri Sembilan. Yang paling terkenal dan diketahui ramai, Masak Lemak Cili Api. Masak Lemak Cili Api telah menjadi lambang masakan tradisional orang Melayu Negeri Sembilan. Antara lauk yang sesuai untuk dijadikan Masak Lemak Cili Api adalah ikan, siput sedut, ayam atau daging salai.
Tidak dilupakan, pembuka dan penambah selera iaitu Masak Tempoyak Daun Kayu. Bagi penggemar durian, juadah ini antara juadah yang wajib dicuba apabila tiba di Negeri Sembilan. Keunikan Masak Tempoyak Daun Kayu adalah 99 jenis daun kayu yang digunakan seperti daun kunyit, daun mangun, pucuk ubi, daun lidah kerbau, daun kaduk, daun mambul, pucuk labu, pucuk rambai dan banyak lagi. Ramuan yang diperlukan bagi masakan yang menyelerakan ini adalah tempoyak, petai, santan, cili api, ikan bilis, kunyit, asam dan garam serta daun herba.
Beralih kepada pencuci mulut, Negeri Sembilan terkenal dengan Kuih Sopang. Kuih sopang merupakan sejenis kuih tradisional yang dibuat daripada tepung pulut, pisang dan gula melaka dengan inti yang dibuat menggunakan kelapa parut muda. Adunan itu kemudiannya dibentuk bujur. Kuih sopang dihidangkan dengan kuah santan pekat Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap Sopang sama seperti kuih koci atau badak berendam tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan juga rasa.
Air Jando Pulang. Nama “jando” atau janda pada minuman ini menimbulkan seribu persoalan terutama bagi mereka yang tidak pernah mendengar dan mengetahuinya. Air Jando Pulang telah diangkat menjadi minuman tradisi Negeri Sembilan. Minuman ini berasaskan kelapa dan gula anau yang sudah tentu sedap dinikmati ketika hari panas sebagai penyegar tekak ataupun dijadikan minuman pada waktu petang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, boleh layari lawan web Homestay Lonek: www.homestaylonek.com, atau ikuti facebook kami: Homestay Kg Lonek untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Lonek.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian 011-23407882.
Ikuti kami di:
Facebook: Homestay Kg Lonek
Instagram: Homestaylonek
Youtube: Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad
Comments
Post a Comment