Program Cakna Ramadan 1442H/ 2021M
Pada 8 Mei 2021, telah berlangsung Program Cakna Ramadan yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYC), Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Sembilan, Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad, Koperasi Generasi Kedua Felcra dan Touring Bike Club N9 di Homestay Lonek.
Program bermula pada awal pagi dengan aktiviti mengacau dodol.
Kemudian, program diteruskan dengan ziarah kasih dan penyampaian sumbangan ke beberapa buah keluarga.
Seterusnya, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan sedikit penyampaian sumbangan.
Diharapkan tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari pengurusan dan keluarga besar Homestay Lonek.
Comments
Post a Comment