Kunjungan dari PDK Rompin ke Homestay Lonek

Alhamdulillah, setelah sekian lama Homestay Lonek tidak menerima tetamu, pada hari Jumaat, 9 April 2021 Homestay Lonek menerima kunjungan daripada PDK Rompin sempena Bengkel Pemantapan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti.

Aktiviti bermula dengan aktiviti sukan tradisional dan mengoca ikan.





Kemudian, pada sebelah petang, pengunjung disajikan dengan demonstrasi mengacau dodol dan mengemping padi.


Pengunjung juga dibawa bersiar-siar di sekeliling Kampung Lonek dengan menaiki buggy dan sempat juga bergambar sebagai tanda mengabdikan kenangan di papan tanda "I Love Lonek".


Kemudian, majlis dirasmikan oleh YB Dato' Manickam A/L Letchuman.



Semoga kunjungan ini memberi memori dan pengalaman yang indah buat semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, boleh layari lawan web Homestay Lonek: www.homestaylonek.com, atau ikuti facebook kami: Homestay Kg Lonek untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Lonek. 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian 011-23407882.

Ikuti kami di:

Facebook: Homestay Kg Lonek 

Instagram: Homestaylonek

Youtube: Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad 

Comments

Popular posts from this blog

Keunikan Makanan di Negeri Sembilan

Konsep sebenar Homestay

Penggambaran Rancangan Ratu Hijabista di Kampung Lonek