Posts

Program Cakna Ramadan 1442H/ 2021M

Image
Pada 8 Mei 2021, telah berlangsung Program Cakna Ramadan yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYC),  Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Sembilan, Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad, Koperasi Generasi Kedua Felcra dan Touring Bike Club N9 di Homestay Lonek.  Program bermula pada awal pagi dengan aktiviti mengacau dodol.  Kemudian, program diteruskan dengan ziarah kasih dan penyampaian sumbangan ke beberapa buah keluarga.  Seterusnya, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan sedikit penyampaian sumbangan.  Semoga program kerjasama seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang.  Diharapkan tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari pengurusan dan keluarga besar Homestay Lonek. 

Kunjungan dari PDK Rompin ke Homestay Lonek

Image
Alhamdulillah, setelah sekian lama Homestay Lonek tidak menerima tetamu, pada hari Jumaat, 9 April 2021 Homestay Lonek menerima kunjungan daripada PDK Rompin sempena Bengkel Pemantapan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti. Aktiviti bermula dengan aktiviti sukan tradisional dan mengoca ikan. Kemudian, pada sebelah petang, pengunjung disajikan dengan demonstrasi mengacau dodol dan mengemping padi. Pengunjung juga dibawa bersiar-siar di sekeliling Kampung Lonek dengan menaiki buggy dan sempat juga bergambar sebagai tanda mengabdikan kenangan di papan tanda "I Love Lonek". Kemudian, majlis dirasmikan oleh YB Dato' Manickam A/L Letchuman. Semoga kunjungan ini memberi memori dan pengalaman yang indah buat semua. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.homestaylonek.com , atau ikuti facebook kami:  Homestay Kg Lonek  untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Lonek.  Sebarang pertany

Keunikan Makanan di Negeri Sembilan

Image
Setiap negeri mempunyai keunikan masakan yang tersendiri. Tidak terkecuali Negeri Sembilan. Yang paling terkenal dan diketahui ramai, Masak Lemak Cili Api. Masak Lemak Cili Api telah menjadi lambang masakan tradisional orang Melayu Negeri Sembilan. Antara lauk yang sesuai untuk dijadikan Masak Lemak Cili Api adalah ikan, siput sedut, ayam atau daging salai.  Tidak dilupakan, pembuka dan penambah selera iaitu Masak Tempoyak Daun Kayu. Bagi penggemar durian, juadah ini antara juadah yang wajib dicuba apabila tiba di Negeri Sembilan. Keunikan Masak Tempoyak Daun Kayu adalah 99 jenis daun kayu yang digunakan seperti daun kunyit, daun mangun, pucuk ubi, daun lidah kerbau, daun kaduk, daun mambul, pucuk labu, pucuk rambai dan banyak lagi. Ramuan  yang diperlukan bagi masakan yang menyelerakan ini adalah tempoyak, petai, santan, cili api, ikan bilis, kunyit, asam dan garam serta daun herba.  Beralih kepada pencuci mulut, Negeri Sembilan terkenal dengan Kuih Sopang. Kuih sopang merupakan sejen

Kebun Homestay Lonek

Image
Homestay Lonek telah menambah satu lagi cabang perniagaan dan tarikan baru. Berikutan situasi semasa COVID-19 di Malaysia yang masih membimbangkan, Homestay Lonek telah mengambil inisiatif untuk membuat kebun tanaman khususnya bagi herba dan sayuran sebagai salah satu kelangsungan perniagaan dan juga sebagai salah satu tarikan baru pada masa akan datang untuk pelancong.  Semoga wabak COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia segera berakhir. Jaga diri semua! Jangan lupa untuk like Fb Page baru Kebun Homestay Lonek. Facebook Page: Kebun Homestay Lonek - Tanaman sayur & herba Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.homestaylonek.com , atau ikuti facebook kami:  Homestay Kg Lonek  untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Lonek.  Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian  011-23407882 . Ikuti kami di: Facebook:  Homestay Kg Lonek  Instagram:  Homestaylonek Youtube:  Koperasi Homesta

Konsep sebenar Homestay

Image
Homestay acap kali di anggap sebagai tempat penginapan yang lebih murah berbanding hotel di mana pemahaman mengenai konsep homestay ini adalah salah.  Konsep homestay yang sebenar adalah pelancong akan tinggal bersama keluarga tuan rumah yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan berpeluang merasai gaya hidup seharian dan budaya masyarakat setempat. Kebanyakan homestay tertumpu di kawasan luar bandar dan kampung kerana masyarakat masih mengekalkan gaya hidup bermasyarakat yang tradisional.  Istilah homestay yang sering digunapakai yang menyediakan kemudahan penginapan sahaja adalah salah dan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat hari ini. Jika terdapat kemudahan penginapan sahaja tanpa ada keluarga tuan rumah yang tinggal bersama dan aktiviti yang disediakan, perkara itu lebih kepada konsep kemudahan penginapan "bed and breakfast" .  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.home

Tarikan terbaru di Homestay Lonek

Image
Alhamdulillah, ada tarikan baru di Homestay Lonek iaitu signage "I love Lonek". Kawasan yang cantik di hadapan sawah padi yang menghijau, semestinya tempat yang cantik untuk bergambar.  Jom kita tengok gambar-gambar yang dah dikongsikan mereka yang dah bergambar di sini. Terima kasih kerana sentiasa menyokong Homestay Lonek.  Jangan lupa follow kami di:  Facebook:  Homestay Kg Lonek  Instagram:  Homestaylonek Youtube:  Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti yang terdapat di Homestay Lonek, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.homestaylonek.com . Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian  011-23407882 .

Penilaian Asean Homestay Standard

Image
Homestay Lonek telah menerima kunjungan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 23 hingga 25 Oktober 2020  sempena penilaian Asean Homestay Standard. Homestay Lonek pernah menerima anugerah ini pada tahun 2016 dan Alhamdulillah tercalon lagi sekali  untuk tahun ini.  Sekitar perjalanan program yang sempat dirakamkan: Semoga  ada rezeki untuk Homestay Lonek sekali lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, atau sebarang sewaan kenderaan, chalet dan dewan untuk tujuan mesyuarat, kursus, latihan atau lain-lain yang berkaitan, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.homestaylonek.com , atau ikuti facebook kami:  Homestay Kg Lonek  untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Lonek.  Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian  011-23407882 . Ikuti kami di: Facebook:  Homestay Kg Lonek  Instagram:  Homestaylonek Youtube:  Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad