Posts

Rombongan Cikgu Esah datang ke Homestay Lonek

Image
Alhamdulillah, setelah sekian lama, pada 19-20 September 2020, Homestay Kampung Lonek telah menerima tetamu dari KRT Bandar Baru Uda, Johor. Ini merupakan kunjungan kedua daripada kumpulan ini. Homestay Kampung Lonek sangat gembira dan teruja dapat bertemu kembali rombongan Cikgu Esah yang datang nun jauh dari Johor.  Sedikit gambar semasa program yang sempat dirakamkan:  Aktiviti pertama dimulakan dengan aktiviti mengacau dodol. Bukan dodol yang keras dan likat, tetapi dodol cair atau lebih dikenali sebagai "penganan" oleh masyarakat Negeri Sembilan, yang hanya mengambil masa kurang daripada satu jam untuk masak.  Aktiviti kedua adalah mengemping padi. Padi yang tiga suku masak akan direndam semalaman dan digoreng tanpa minyak sebelum ditumbuk untuk dijadikan emping. Sedap kalau dimakan bersama penganan.  Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan sukan rakyat seperti tarik upih, boling kelapa, kelereng dan semakin jauh semakin sayang. Aktiviti sukan ini pasti akan meng...

Program Taklimat BA100 ANGKASA di Kampung Lonek

Image
Telah berlangsung program taklimat BA100 anjuran ANGKASA di Kampung Lonek pada 9 September 2020. Beberapa wakil daripada koperasi yang terlibat dalam sektor peruncitan telah hadir pada program kali ini.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, atau sebarang sewaan kenderaan, chalet dan dewan untuk tujuan mesyuarat, kursus, latihan atau lain-lain yang berkaitan, boleh layari lawan web Homestay Lonek:  www.homestaylonek.com , atau ikuti facebook kami:  Homestay Kg Lonek  untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Kampung Lonek.  Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian 011-23407882 . Ikuti kami di: Facebook:  Homestay Kg Lonek  Instagram:  Homestaylonek Youtube:  Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad  

Penggambaran Rancangan Ratu Hijabista di Kampung Lonek

Image
Telah berlangsung penggambaran bagi program Ratu Hijabista untuk episod 4 terbitan Astro di Kampung Lonek. Tugasan bagi peserta untuk episod kali ini adalah untuk menangkap ikan keli di tali air sawah dan masak gulai lemak cili api, iaitu makanan signature Negeri Sembilan.  Aktiviti menangkap ikan sembilang di tali air sawah atau lebih dikenali sebagai "mengoca ikan" merupakan salah satu aktiviti program homestay yang terdapat di Kampung Lonek.  Tradisi mengoca ikan tidak asing bagi masyarakat Negeri Sembilan. Aktiviti ini sangat digemari dan dinanti golongan muda dan kanak-kanak kerana keseronokan mencari ikan dan bermain air beramai-ramai.  Jom kita lihat sedikit proses rakaman di sebalik tabir.  Penduduk Kampung Lonek sebagai juri jemputan.  Sedikit sedutan episod 4: Di sebalik tabir rakaman episod 4:  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, atau sebarang sewaan kenderaan, chalet dan dewan untuk tujuan mesyuarat, kursus, latihan atau lain...

Program Homestay bersama Koperasi Lembaga Getah Malaysia di Homestay Lonek

Image
Pada 25-26 Ogos 2020, seramai 11 Ahli Lembaga Koperasi daripada Koperasi Lembaga Getah Malaysia Berhad telah datang ke Homestay Lonek untuk merasai pengalaman homestay di sini.  Aktiviti dimulakan dengan sedikit ucapan dan pengagihan penginapan seterusnya minum petang.  Pada sebelah malam, terdapat sedikit perkongsian daripada Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad dan Koperasi Lembaga Getah Malaysia Berhad mengenai aktiviti perniagaan dan pengurusan koperasi.  Aktiviti pada keesokan harinya di mulakan dengan sarapan pagi, seterusnya demonstrasi mengacau dodol dan mengemping padi.  Seterusnya, peserta dibawa pusing keliling kampung menaiki trem dan lawatan ke produk IKS. Peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan di pintu gerbang Kampung Lonek.  Peserta juga dibawa melawat kedai koperasi KoopMart Batu Kikir untuk melihat pelbagai produk bumiputera yang halal yang terdapat di kedai koperasi. Aktiviti diakhiri dengan sedikit ucapan terima...

Program Jawatankuasa Teknikal Wanita ANGKASA Negeri Sembilan bersama Koperasi Ibu Tunggal Jempol Berhad di Dewan Homestay Lonek

Image
Telah berlangsung program Jawatankuasa Teknikal Wanita ANGKASA Negeri Sembilan bersama Koperasi Ibu Tunggal Jempol Berhad pada 18 Ogos 2020 di Dewan Homestay Lonek.  Untuk sebarang tempahan dewan untuk tujuan seminar, latihan, kursus dan mesyuarat atau lain-lain yang berkaitan, Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad ada menawarkan perkhidmatan sewa dewan yang selesa lengkap dengan fasiliti dengan kadar harga yang amat berpatutan.  Untuk tempahan, boleh layari laman web homestaylonek.com  atau hubungi 011-23407882 Ikuti kami di: Facebook:  Homestay Kg Lonek  Instagram:  Homestaylonek Youtube:  Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad  

Jom ke Homestay Lonek!

Image
Jom merasai pengalaman suasana kampung di Homestay Lonek yang dikelilingi oleh sawah padi. Terdapat pelbagai aktiviti dan pengisian yang menarik menanti anda.  Antara aktiviti yang ada adalah: 1. Lawatan kampung menaiki trem 2. Sukan tradisional seperti tarik upih 3. Mengoca ikan di dalam tali air  Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pakej kami, sila layari laman web kami:  www.homestaylonek.com  atau hubungi   011-23407882 . Ikuti kami di: Facebook: Homestay Kg Lonek  Instagram: Homestaylonek Youtube: Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad