Penggambaran Rancangan Ratu Hijabista di Kampung Lonek
Telah berlangsung penggambaran bagi program Ratu Hijabista untuk episod 4 terbitan Astro di Kampung Lonek. Tugasan bagi peserta untuk episod kali ini adalah untuk menangkap ikan keli di tali air sawah dan masak gulai lemak cili api, iaitu makanan signature Negeri Sembilan.
Aktiviti menangkap ikan sembilang di tali air sawah atau lebih dikenali sebagai "mengoca ikan" merupakan salah satu aktiviti program homestay yang terdapat di Kampung Lonek.
Tradisi mengoca ikan tidak asing bagi masyarakat Negeri Sembilan. Aktiviti ini sangat digemari dan dinanti golongan muda dan kanak-kanak kerana keseronokan mencari ikan dan bermain air beramai-ramai.
Jom kita lihat sedikit proses rakaman di sebalik tabir.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, atau sebarang sewaan kenderaan, chalet dan dewan untuk tujuan mesyuarat, kursus, latihan atau lain-lain yang berkaitan, boleh layari lawan web Homestay Lonek: www.homestaylonek.com, atau ikuti facebook kami: Homestay Kg Lonek untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Lonek.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian 011-23407882.
Ikuti kami di:
Facebook: Homestay Kg Lonek
Instagram: Homestaylonek
Comments
Post a Comment