Program Homestay bersama Koperasi Lembaga Getah Malaysia di Homestay Lonek

Pada 25-26 Ogos 2020, seramai 11 Ahli Lembaga Koperasi daripada Koperasi Lembaga Getah Malaysia Berhad telah datang ke Homestay Lonek untuk merasai pengalaman homestay di sini. 

Aktiviti dimulakan dengan sedikit ucapan dan pengagihan penginapan seterusnya minum petang. 




Pada sebelah malam, terdapat sedikit perkongsian daripada Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad dan Koperasi Lembaga Getah Malaysia Berhad mengenai aktiviti perniagaan dan pengurusan koperasi. 



Aktiviti pada keesokan harinya di mulakan dengan sarapan pagi, seterusnya demonstrasi mengacau dodol dan mengemping padi. 



Seterusnya, peserta dibawa pusing keliling kampung menaiki trem dan lawatan ke produk IKS.




Peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan di pintu gerbang Kampung Lonek. 



Peserta juga dibawa melawat kedai koperasi KoopMart Batu Kikir untuk melihat pelbagai produk bumiputera yang halal yang terdapat di kedai koperasi.



Aktiviti diakhiri dengan sedikit ucapan terima kasih dan penyerahan cenderahati daripada Koperasi Lembaga Getah Malaysia Berhad dan jamuan makan tengah hari. 



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, atau sebarang sewaan kenderaan, chalet dan dewan untuk tujuan mesyuarat, kursus, latihan atau lain-lain yang berkaitan, boleh layari lawan web Homestay Lonek: www.homestaylonek.com, atau ikuti facebook kami: Homestay Kg Lonek untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Lonek. 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian 011-23407882

Ikuti kami di:

Facebook: Homestay Kg Lonek 

Instagram: Homestaylonek

Youtube: Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad 


Comments

Popular posts from this blog

Keunikan Makanan di Negeri Sembilan

Konsep sebenar Homestay

Penggambaran Rancangan Ratu Hijabista di Kampung Lonek