Rombongan Cikgu Esah datang ke Homestay Lonek

Alhamdulillah, setelah sekian lama, pada 19-20 September 2020, Homestay Kampung Lonek telah menerima tetamu dari KRT Bandar Baru Uda, Johor. Ini merupakan kunjungan kedua daripada kumpulan ini. Homestay Kampung Lonek sangat gembira dan teruja dapat bertemu kembali rombongan Cikgu Esah yang datang nun jauh dari Johor. 

Sedikit gambar semasa program yang sempat dirakamkan: 



Aktiviti pertama dimulakan dengan aktiviti mengacau dodol. Bukan dodol yang keras dan likat, tetapi dodol cair atau lebih dikenali sebagai "penganan" oleh masyarakat Negeri Sembilan, yang hanya mengambil masa kurang daripada satu jam untuk masak. 


Aktiviti kedua adalah mengemping padi. Padi yang tiga suku masak akan direndam semalaman dan digoreng tanpa minyak sebelum ditumbuk untuk dijadikan emping. Sedap kalau dimakan bersama penganan. 

Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan sukan rakyat seperti tarik upih, boling kelapa, kelereng dan semakin jauh semakin sayang. Aktiviti sukan ini pasti akan menggamit memori buat mereka yang sering bermain sewaktu kanak-kanak. 




Aktiviti pada sebelah malam pula dimulakan dengan kelas cak lempong. Sangat tekun dan teruja ya bonda bonda kita belajar main caklempong. 



Bonda bonda kita turut diajarkan dengan Tarian Endang. 

Bonda bonda turut mengadakan pertandingan pakaian tradisional. Cantik cantik semuanya.


Aktiviti keesokkan paginya dimulakan dengan senam pagi sebelum bersarapan pagi. 


Kemudian, bonda bonda dibawa ke pasar tani Batu Kikir dan kedai koperasi Koopmart Batu Kikir untuk membeli ole-ole atau buah tangan untuk dibawa pulang ke Johor. 




Kemudian, bonda bonda dibawa pusing kampung dengan menaiki trem. 





Tidak lengkap lawatan jika tidak bergambar di pintu gerbang Kampung Lonek yang cantik tersergam indah ini.

Kemudian, majlis penutup diadakan dengan sedikit ucapan daripada wakil KRT Bandar Baru Uda, Johor dan pengurusan homestay, Pn. Hjh Nor Asiah binti Haron.



Sedikit rakaman video yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung:




Semoga program kali ini meninggalkan kenangan buat semua yang datang. Ada rezeki kita jumpa lagi!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej homestay, atau sebarang sewaan kenderaan,chalet dan dewan untuk tujuan mesyuarat, kursus, latihan atau lain-lain yang berkaitan, boleh layari lawan web Homestay Lonek: www.homestaylonek.com, atau ikuti facebook kami: Homestay Kg Lonek untuk mengikuti segala promosi dan aktiviti yang berlangsung di Homestay Lonek. 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga berhubung di talian 011-23407882.

Ikuti kami di:

Facebook: Homestay Kg Lonek 

Instagram: Homestaylonek

Youtube: Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad 



Comments

Popular posts from this blog

Keunikan Makanan di Negeri Sembilan

Konsep sebenar Homestay

Penggambaran Rancangan Ratu Hijabista di Kampung Lonek